MENYENTUH isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari
daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun,
mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh
seni bina 'ajaib'.
Mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh
keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda,
Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang
menakjubkan.
Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai
sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:
1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
2. Menara KL
3. Putrajaya
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
5. Jambatan Pulau Pinang
6. Bangunan Sultan Abdul Samad
7. Menara condong Teluk Intan
Menara kembar Petronas
Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur
Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil
ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi
dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi
di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di
tengahnya oleh sebuah jambatan.
Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000
buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.
2.Putrajaya
Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam
taman dan bandar pintar
Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang
Besar, Sepang, Selangor.
Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama
pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan
Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun
pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu
kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh
sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang
dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan
kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan
persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.
Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka
akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.
Menara Kuala Lumpur
3.Menara Kuala Lumpur
Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di
Asia Tenggara
Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur
Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan
empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan
kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara
konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina
menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara
ini mempunyai 2,058 anak tangga.
Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga
9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit
iaitu lebih kurang 54 saat.
4.KLIA
Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah
antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.
Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur
dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.
Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat
iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3
bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan
tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan
Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal
terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti
sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi
membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.
Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen
keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.
5.Menara Condong Teluk Intan
Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong
Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.
Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.
Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak
seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya
terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang
boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia
dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan
sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah
barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110
anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur
bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan
lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter
43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.
Jambatan Pulau Pinang
6.Jambatan Pulau Pinang
Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar
semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda
kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di
Asia.
Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini
telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan
dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini
menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga
Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan
kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter.
Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di
bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan
bertingkat dan sebuah tol plaza.
Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan
sehari.
Banggunan Sultan Abdul Samad
7.Bangunan Sultan Abdul Samad
Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang
ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini
menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur
Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan
ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil
sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah
ketika itu (1859 - 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah
tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.








0 comments:
Post a Comment